Wednesday, July 23, 2008

Daftar Sekarang!

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

Salam.

Kepada semua warga Malaysia di Jakarta, Indonesia,
Buat pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, sekarang dimulakan proses mengemaskini daftar ahli Kelab UMNO Jakarta. Senarai borang lama, fail-fail ahli, senarai ahli yang masih aktif dan ahli yang telahpun pulang ke tanahair atau tamat belajar, semuanya sedang dikemaskini bagi mengatahui jumlah ahli aktif terkini seterusnya memudahkan proses penyampaian info-info tentang aktiviti kelab dan sebagainya.

Bagi yang masih belum mendaftar sebagai ahli di Kelab UMNO Jakarta, kami dengan berbesar hati menjemput anda menyertai keluarga besar komuniti Malaysia di Jakarta. Jangan khuatir, Kelab UMNO Jakarta merupakan sebuah kelab yang mempunyai matlamat besar dan bukanlah merupakan kelab politik dan harapan kami ialah membawa kepada perpaduan rakyat Malaysia yang berada di Jakarta secara keseluruhan. Kami akan berusaha sebaik mungkin, melalui aktiviti-aktiviti menarik, anda pasti tidak akan menyesal menyertai KUJ!

Terdapat pelbagai perancangan menarik dalam sesi KUJ 2008/2010. Selain aktiviti-aktiviti berpusat di Jakarta seperti program ilmiah dan sukan, kami juga sedang mengusahakan untuk mengadakan Hari Karnival Malaysia buat semua ahli pada masa akan datang. Program tour jalan-jalan Indonesia (Bandung, Jogja, etc) juga akan kami aturkan buat anda yang berminat sekurang-kurangnya per semester. Bagi yang berminat dalam kesenian dan kebudayaan, kelab khusus dibawah exco kebudayaan juga akan ditubuhkan di setiap universiti untuk tujuan ini. Kad ahli yang menawarkan beberapa keistimewaan seperti discount di pusat bowling dan sebagainya sedang juga dalam proses dibuat.







Sebagai tambahan, sekiranya program melibatkan jumlah sedikit bayaran, ahli Kelab UMNO Jakarta yang berdaftar juga akan menikmati kadar bayaran ahli untuk aktiviti-aktiviti yang bakal kami jalankan. Apa yang lebih penting untuk anda menyertai KUJ adalah kita mahu mewujudkan satu komuniti Malaysia yang kuat dan bersatu, disamping mengeratkan tali silaturahim antara kita.

Untuk memudahkan proses mendaftar keahlian Kelab UMNO Jakarta, selain anda boleh mendapatkan borang melalui exco-exco KUJ yang telahpun dilantik, anda kini boleh mendownload terus Borang Keahlian KUJ di laman blog ini. Maklumat lanjut akan disampaikan kepada anda melalui email dengan sesegera mungkin.

Besar harapan saya untuk menjayakan lagi target kita dalam mencapai perpaduan yang utuh sesama kita. Oleh itu, saya menjemput semua kita yang berada di Jakarta, tidak kira pelajar atau bukan pelajar, semua rakyat Malaysia yang berada di ibu kota Jawa ini untuk segera menyertai KUJ.

Wasalam.

Mohd Rizal B Abd Rahman,
Pengerusi KUJ.

0 comments: