Satu pertemuan ringkas antara Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Dato’ Seri Hishamuddin Hussein dan Pengerusi Kelab UMNO Jakarta, Mohd Rizal B Abd Rahman telah diadakan di Ruang VIP, Bandar Udara Soekarno Hatta, Jakarta pada 7 Ogos 2008 yang lalu.


Pertemuan yang berlansung kira-kira satu jam itu telah dimanfaatkan bagi membincangkan isu-isu semasa, selain YB Dato’ Seri tidak sudah-sudah memberi kata-kata dorongan menyuntik lagi semangat pengerusi Kelab UMNO Jakarta dalam memperjuangkan visi dan misi kelab.

YB Dato’ Seri mengingatkan saudara Mohd Rizal agar terus berkerja kuat demi membantu mengukuhkan lagi semangat bangsa Melayu dalam memperjuangkan bangsa terutama kepada golongan-golongan bakal professional yang berada di luar negara khususnya di Jakarta. Beliau juga berpesan agar terus tabah atas segala ujian yang timbul sekarang dan mengingatkan seorang pemimpin yang baik adalah pemimpin yang sentiasa sensitif dengan keadaan sekeliling dan selalu bersedia dalam menangani segala keadaan.

Lawatan 3 hari YB Dato’s Seri di Indonesia antara lain mengadakan lawatan ke pusat-pusat penyelidikan dibawah kerjasama SEMEO (Southeast Asian Ministers of Education Organisation) di Jakarta. Selain itu YB Dato’ Seri juga mengadakan pertemuan dengan Menteri Pelajaran Indonesia, Prof Dr Bambang Sudibyo, bagi membincangkan isu pengaruh kenaikan harga minyak kepada pendidikan di Indonesia. YB Dato’ Seri Hishamuddin merupakan Presiden SEMEO.

0 comments: