Monday, April 13, 2009

Kejohanan Badminton Berkumpulan Lelaki & Wanita

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |



12 April 2008, Kelab Umno Jakarta(KUJ) telah mengadakan Kejohanan Badminton Berkumpulan Lelaki & Wanita di Pola Bugar, Family Sports & Entertainment Centre Jl Kedoya Raya, Kebun Jeruk. Kejohanan yang diadakan julung kalinya ini di telah sertai hampir 14 pasukan lelaki & wanita yang mewakili Universitas Indonesia, Universitas Trisakti, Universitas Kristen Krida Wacana, Universitas Prof Moestopo, Universitas Islam Negeri Syahidatullah, pasukan Kedutaan Besar Malaysia dan pasukan dari Malaysia Club Jakarta(MCJ).

Kejohanan ini bermula pada pukul 8:30 pagi dengan perlawanan pembukaan antara Ukrida bertemu Trisakti B bagi kategori wanita yang akhirnya dimenangi oleh pasukan Trisakti B dengan skor 2-1. Dalam kategori wanita, pasukan UI telah memonopoli pertandingan apabila berjaya memenangi kesemua perlawanan sekaligus dinobatkan sebagai juara bagi kategori wanita. Bagi tempat kedua di menangi oleh Trisakti A. Manakala bagi tempat ketiga di sandang oleh Trisakti B.

Keadaan semakin dihangatkan lagi dengan sorakan padu daripada pasukan sorak universitas masing-masing yang menjadikan suasana pertandingan lebih meriah dan mendebarkan. Antara pasukan sorak yang menjadi perhatian adalah wakil dari Moestopo dengan banner-nya, wakil Trisakti dengan pom pom girls-nya, dan sorakan padu dari pelajar UIN. Tidak ketinggalan juga jeritan-jeritan kecil dari anak-anak wakil kedutaan yang memberikan semangat kepada pasukan dari Embassy.

Dalam kategori lelaki menyaksikan perlawanan yang begitu sengit dan menarik dari setiap pasukan. Kesemua pemain memberikan tentangan yang sengit kepada lawan masing-maing. Bagi Kumpulan A dianggotai oleh Trisakti A, UIN A, UI, Ukrida dan Moestopo. Manakala bagi kumpulan B, dianggotai oleh pasukan dari Embassy, MCJ, UIN B dan Trisakti B.

Pada peringkat kumpulan, situasi pertandingan mulai panas apabila masing-masing pasukan mula bersaing bagi merebut gelaran juara. Perlawanan begitu sengit antara pemain-pemain dan sorakan gemuruh penonton telah memeriahkan lagi kejohanan. Setelah kejohanan berlangsung hampir 6 jam, pasukan UIN A, UI, Embassy & UIN B berjaya merebut tiket ke peringkat seterusnya. Juara bagi kumpulan A adalah UI dan juara bagi kumpulan B adalah Embassy. Juara antara kumpulan akan bertemu di final untuk merebut gelaran juara.

Bagi tempat ke 3 & 4, mempertemukan dua pasukan dari universitas yang sama yaitu UIN A & UIN B. Pertemuan antara dua pasukan yang sama hebat ini, menyaksikan kemenangan tempat ke-3 berpihak kepada UIN A.

Pada perlawanan akhir lelaki, mempertemukan wakil UI dan Embassy yang merupakan perlawanan antara dua generasi yang berbeza. Pada perlawanan pertama, mempertandingkan pasangan beregu dari UI, Terence-Zul melawan gandingan En Amin-Najib dari Embassy. Kedua-dua beregu ini bermain sangat berhati-hati. Namun, pasangan En Amin-Najib sepertinya tidak mau berlengah-lengah, dan mengambil kesempatan atas kelelahan beregu UI setelah penat bermain 7 perlawanan berturut-turut sehingga akhirnya berpihak kepada beregu Embassy. Keputusaanya, Embassy menang dengan straight set 21-13, 21-17.

Kemudiaan perlawanan tertumpu kepada perlawanan perseorangn antara Tan mewakili UI dan En. Zainal mewakili Embassy. Perlawanan yang begitu sengit dan menarik ini menyaksikan serangan demi serangan yang mendebarkan hati penyokong pasukan masing-masing.

Pada set pertama, En Zainal bermula garang dan perlawanan terlihat tidak seimbang kerana Tan terlihat sangat penat disebabkan kekurangan waktu istirehat. Namun Tan ridak mahu memberikan celah untuk En zainal mengutip mata demi mata dengan memberikan tentangan yang sengit. Set 1 diungguli oleh En Zainal dengan 10-21.

Memasuki set 2, kedua pemain bermain ketat dan saling mengejar mata. Tan kembali menemukan rentak permainan terbaiknya dan tidak mahu menyerah kalah. Sorakan gemuruh daripada penyokong-penyokong menaikan semangat Tan untuk menyusun langkah demi langkah dan mengutip mata beharga. Keadaan sempat menjadi panas apabila kedua-dua pemain terikat pada mata 19-19. Tan mengambil 2 mata kritis, dan mengakhiri set kedua dengan kemenangan 21-19.

Suasana gelanggang semakin tegang apabila perlawanan memasuki set 3. Dalam perlawanan ini, Tan terus memberikan permainan yang baik dan memukau dengan memberikan bola-bola sulit kepada En. Zainal. Namun sebagai seorang yang berpengalaman, En Zainal tidak pantang menyerah dengan membalas pukulan-pukulan bola yang mematikan. Tan cuba untuk mempertingkatkan serangan sehingga memaksa En zainal akur dengan kemenangan berpihak kepadanya dengan mata 21-15. Tan mengakhiri perlawanan dengan kemenangn rubber set 10-21, 21-19, 21-15.

Bagi penentuan kejuaraan, perlawanan tertumpu kepada perlawanan ke 3 antara beregu Embassy, En Zul-Matrus dan beregu UI, Khai-Lim. Pada set 1, gandingan En Zul-Matrus tampak cemerlang apabila berjaya mengalahkan gadingan Khai-Lim dengan mata 21-9. Pada set kedua, pertandingan menjadi lebih sengit apabila kedua-dua pasukan saling mengejar mata. Gandingan Khai-Lim cuba untuk memperbaiki kesilapan dengan menangkis pukulan-pukulan maut dan akhirnya menang dengan mata 17-21. Akan tetapi momentum ini gagal dimanfaatkan oleh Khai-Zul dengan baik pada set penentuan. Dominasi En Zul-Matrus tidak dapat dibendung lagi. Jelas sekali pengalaman menentukan segalanya. Hasilnya gandingan Embassy, En Zul-Matrus berjaya mengunguli set penentuan dengan kemenangn 21-13.

Keputusan keseluruhan perlawanan dimenangi oleh Embessy dengan 2-1 sekaligus bergelar juara kategori lelaki dan membawa pulang sebuah trofi serta hamper. Pasukatan sorak Trisakti telah berjaya dinobatkan gelaran pasukan sorak paling havoc. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh En. Anip selaku tetamu kehormat. Kejohanan yang cukup gilang-gemilang ini berkahir tepat jam 5:40 petang.

KUJ dengan ini mengucapkan tahniah kepada para pemenang, AJK, pengadil, penjaga garisan, pasukan sorak, wakil Kedutaan Malaysia, wakil MCJ dan semua pelajar yang telah terlibat dalam menjayakan Kejohanan Badminton Berkumpulan Lelaki & Wanita KUJ.


Juara Lelaki - Embassy

Naib Juara - UI

Tempat ke-3 - UIN A

Juara Perempuan - UI

Naib Juara - Trisakti A

Tempat ke-3 - Trisakti B

Pasukan Sorak Paling Havoc - Trisakti

0 comments: