Wednesday, April 22, 2009

PM tiba di Indonesia lawatan dua hari

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |



JAKARTA: Datuk Seri Najib Razak tiba di sini hari ini bagi melakukan lawatan rasmi dua hari ke Indonesia, iaitu lawatan rasmi pertama beliau selepas menjawat jawatan Perdana Menteri.

Indonesia adalah negara pertama dalam kalangan negara anggota Asean yang beliau kunjungi, bagi mengekalkan tradisi yang terjalin sejak sekian lama dengan negara jiran terdekat Malaysia.

Rombongan Perdana Menteri disertai oleh Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar.

Selain itu, turut menganggotai rombongan berkenaan ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd Isa.

Sumber - Berita Harian

0 comments: