Saturday, July 11, 2009

Program Bakti Siswa 2009

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |


Sebuah program kebajikan yang melibatkan mahasiswa dalam dan luar negara bakal diadakan di Kuala Kedah, Kedah Darul Aman dari 6 hingga 8 Ogos 2009 kelak.

Program anjuran Badan Perhubungan Negara (BPN) Indonesia dengan kerjasama Sekretariat KULN ini akan meliputi pelbagai program kebajikan menarik seperti program pemeriksaan kesihatan di balai raya dan dari rumah ke rumah, penyampaian ceramah motivasi kecemerlangan akademik di sekolah-sekolah, program kebajikan dan gotong- royong di masjid, rumah warga emas, ibu tunggal dan OKU di sekitar Kuala Kedah.

Para peserta juga turut berpeluang mengenal penduduk setempat dengan lebih dekat apabila mereka turut akan ditempatkan sebagai anak angkat di beberapa keluarga sekitar kampung di Kubang Rotan, Pengkalan Kundur dan Anak Bukit.

Bagi mereka yang berminat, anda bolehlah menghubungi Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara melalui e-mel kelab_umno@yahoo.com atau hubungi talian 03-4044 6312 dengan kadar segera. Penyertaan adalah terhad.

Transportasi dari Kuala Lumpur ke Kedah turut akan disediakan.

Sukacita seluruh ahli Kelab UMNO Luar Negara dan mereka yang berminat dijemput untuk memberi sokongan pada program ini.

Kepada ahli Kelab Umno Jakarta yang berminat untuk turut serta dalam program ini, sila beri nama penuh, no telefon(di Malaysia) & email ke kelabumno_jakarta@yahoo.com secepat mungkin. Penyertaan adalah terhad.

0 comments: