Thursday, October 14, 2010

Laporan :: Kecoh Raya Bersama KUJ

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |



Tanggal 25 September 2010, Kelab UMNO Jakarta (KUJ) telah mengadakan satu rumah terbuka Aidilfitri: “Kecoh Raya” Bersama KUJ di kediaman pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia (JPMI) Dato’ Dr Junaidy. Seramai hampir 200 orang pelajar sekitar Jakarta hadir untuk memeriahkan suasana pada petang itu. Majlis dimulai pada jam 4 petang dengan bacaan yassin dan tahlil kepada Allahyarham Engku Arif, anak kepada Pn Yahurin, seorang pegawai di kedutaan yang telah meninggal dunia pada 6 september 2010. Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin

Setelah bacaan yassin dan tahlil, para tetamu dijemput untuk menjamu pelbagai juadah yang tersedia. Lagu-lagu raya dipasang bagi meningkat “mood” suasana raya pada petang itu. Pada waktu maghrib semua pelajar sembahyang berjemaah di ruang tamu. Usai sembahyang berjemaah, atucara majlis dimulakan. Antara aktiviti yang dilakukan adalah persembahan pelajar dan aktiviti “Jangan Lupa Lirik Raya” dimana pelajar dikehendaki mengisi tapak-tapak kosong untuk memenangi duit raya dari KUJ. Suasana memang hangat dan gamit semasa acara ini berlansung. Tahniah kepada peserta yang berjaya memenangi duit raya dari kami. Bagi yang tidak berjaya cuba lagi pada tahun hadapan. Antara objektif majlis rumah terbuka ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim diantara pelajar Malaysia di sekitar Jakarta tidak kira senior mahupun junior. Disamping itu , ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara KUJ dan pelajar.



















Bagi kami pihak komiti ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Dato Junaidy sekeluarga dalam membantu melancarkan program kami ini. Selain itu tidak dilupakan kepada tetamu yang hadir memeriahkan suasana “Kecoh Raya” bersama KUJ, jutaan terima kasih kami ucapkan. Diharap semua yang hadir terhibur dengan layanan kami,dan dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara teman-teman seperjuangan.Maaf kami pohon andai ada yang tidak enak di mata,tidak menyedapkan halwa telinga sepanjang majlis ini berlangsung.Selamat Hari Raya dari kami, maaf zahir dan batin :)

0 comments: