1. Salam sejahtera semua, seperti yang telah diketahui , Indonesia sekarang sedang dilanda bencana kerana meletusnya Gunung Merapi yang terletak di daerah Jogja, Kabupaten Klaten, Jawa Tengah, pada Isnin yang lalu (25/10/2010).
2. Sehingga kini telah diketahui sebanyak 32 org telah meninggal dunia dalam bencana tersebut.Dan terbaru, Gunung Merapi itu meletus buat kali kedua sebentar tadi pada pukul 16.16 WIB.
3. Sehubungan itu, KelabUmno Jakarta di sini membuka satu tabung kutipan derma ikhlas bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan dari segi kewangan sahaja kepada mangsa-mangsa bencana Gunung Merapi kali ini.
4. Bagi memudahkan pengumpulan sumbangan derma tersebut, bantuan tersebut boleh disalurkan kepada wakil-wakil universitas masing-masing yang tersenarai di dalam nota ini.
- Farah Izzati dan Muhammad Ikmal b Hazli (uni Trisakti)
- Athirah Akalily bt Alias Asgar dan Munzir b Mohd Rani Dali (uni Ukrida)
- Muhammad Hamidie b Saari dan Syazuwani bt Abd Brahman (uni Moestopo)
- Zazarida Zakiman (uni Indonesia)
5. Semua sumbangan boleh dihulurkan selewat-lewatnya 13hb November 2010.
6. Hulurkan bantuan seikhlasnya kepada mereka yang memerlukan. Semoga jasa baik kita semua dapat meringankan beban-beban mangsa bencana tersebut.
6. Sekian terima kasih atas perhatian dan sumbangan yang akan dihulurkan.
Sumbangan Kepada Mangsa Bencana Gunung Merapi
Sudut Kongsi :: Membina Perpaduan Teras Kejayaan
Apabila membicarakan tentang mahasiswa sudah tentu kita membayangkan pelajar-pelajar yang sedang menuntut di sebuah Universiti. Pelajar-pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading adalah harapan kedua ibu bapa yang tidak boleh dipersiakan begitu sahaja. Sehubungan dengan itu, kehidupan di kampus Universiti haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin oleh mahasiswa agar dapat mencorak kehidupan yang baik dimasa akan datang. Bagi melaksanakan matlamat itu, mahasiswa perlulah mewujudkan semangat setia kawan, saling membantu di antara satu dengan yang lain dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan teman-teman bagi memudahkan proses pembelajaran. Apa yang berlaku di kebanyakan kampus-kampus Univesiti, adalah sikap sebahagian besar mahasiswa yang suka atau hanya selesa dengan kelompok tertentu dalam pergaulan harian mereka.
Hal ini tampak sepele tapi ianya dapat memberikan kesan atau dampak yang besar sekiranya mahasiswa tidak mahu merubah diri mereka. Antara kesan negatifnya adalah pergaulan menjadi terbatas dan sempit, mengakibatkan proses pembelajaran dan penyampain ilmu serta kemahiran yang terbatas. Kampus adalah tempat untuk kita mencari ilmu dengan sebanyak-banyaknya dan meluaskan jaringan pergaulan sebaik mungkin untuk membantu kita dalam menjalankan kehidupan dalam komuniti masyarakat yang sebenar kelak. Saya secara individu menyarankan kepada rakan-rakan sekalian, janganlah kita membataskan pergaulan kita atas rasional sudah selesa dengan rakan yang kononya “satu kepala”, sebaiknya marilah kita menjalinkan persahabatan dengan rakan-rakan yang lain agar perpaduan yang kita bina ini dapat menjadi teras dalam kehidupan yang lebih berjaya di masa akan datang. Pepatah melayu sering menyebut bahawa bersatu kita teguh bercerai kita roboh.
Kampus ini bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu tetapi tempat untuk kita melatih diri ini dalam suasana masyarakat sebenar suatu hari nanti. Betapa ruginya sekiranya peluang ini disiakan begitu sahaja, gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya untuk membina masa depan yang cerah, InsyaALLAH. Bagi membina perpaduan yang kukuh dan harmoni, eloklah kita menjaga sensitiviti sesetengah pihak. Janganlah kita cemarikan kampus dengan budaya yang boleh merosakkan keharmonian kaum yang telah lama wujud. Pertahankanlah ia dan jadikan ini sebagai suatu kekuatan pada Negara tercinta, Malaysia. Binalah sikap saling membantu, bekerjasama dan bertolak ansur serta tidak mementingkan diri agar perpaduan yang terjalin lebih harmonis dan mapan. Di kampus ini, kita adalah sama iaitu mahasiswa. Tidak kira perbezaan kaum, latar belakang mahupun agama dan budaya. Kita adalah 1, rakyat Malaysia.
Tanggal 25 September 2010, Kelab UMNO Jakarta (KUJ) telah mengadakan satu rumah terbuka Aidilfitri: “Kecoh Raya” Bersama KUJ di kediaman pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia (JPMI) Dato’ Dr Junaidy. Seramai hampir 200 orang pelajar sekitar Jakarta hadir untuk memeriahkan suasana pada petang itu. Majlis dimulai pada jam 4 petang dengan bacaan yassin dan tahlil kepada Allahyarham Engku Arif, anak kepada Pn Yahurin, seorang pegawai di kedutaan yang telah meninggal dunia pada 6 september 2010. Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin
Setelah bacaan yassin dan tahlil, para tetamu dijemput untuk menjamu pelbagai juadah yang tersedia. Lagu-lagu raya dipasang bagi meningkat “mood” suasana raya pada petang itu. Pada waktu maghrib semua pelajar sembahyang berjemaah di ruang tamu. Usai sembahyang berjemaah, atucara majlis dimulakan. Antara aktiviti yang dilakukan adalah persembahan pelajar dan aktiviti “Jangan Lupa Lirik Raya” dimana pelajar dikehendaki mengisi tapak-tapak kosong untuk memenangi duit raya dari KUJ. Suasana memang hangat dan gamit semasa acara ini berlansung. Tahniah kepada peserta yang berjaya memenangi duit raya dari kami. Bagi yang tidak berjaya cuba lagi pada tahun hadapan. Antara objektif majlis rumah terbuka ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim diantara pelajar Malaysia di sekitar Jakarta tidak kira senior mahupun junior. Disamping itu , ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara KUJ dan pelajar.
Bagi kami pihak komiti ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Dato Junaidy sekeluarga dalam membantu melancarkan program kami ini. Selain itu tidak dilupakan kepada tetamu yang hadir memeriahkan suasana “Kecoh Raya” bersama KUJ, jutaan terima kasih kami ucapkan. Diharap semua yang hadir terhibur dengan layanan kami,dan dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara teman-teman seperjuangan.Maaf kami pohon andai ada yang tidak enak di mata,tidak menyedapkan halwa telinga sepanjang majlis ini berlangsung.Selamat Hari Raya dari kami, maaf zahir dan batin :)
Pada tanggal 4 September 2010,Kelab Umno Jakarta di bawah pimpinan Muhammad Hamidie bin Saari telah mengadakan aktiviti “Sahur On The Road”.Objektif dari aktiviti ini adalah untuk memberi sedikit bantuan kepada penduduk Jakarta yang kurang berkemampuan dengan memberikan mereka sedikit bantuan makanan untuk bersahur.Aktiviti Sahur On The Road ini disertai oleh seramai 10 orang pelajar,yang terdiri daripada AJK Kelab Umno Jakarta serta pelajar yang secara sukarela membantu.Kami telah menyewa 2 buah kereta bagi memudahkan dan melancarkan aktiviti ini.Kami telah mula berkumpul pada jam 12 malam dan mula mengedarkan makanan pada jam 1 pagi.Kami telah mengedarkan sebanyak 250 bungkus makanan kepada penduduk Jakarta di sekitar daerah Grogol,Harmoni dan juga Monas.
Makanan tersebut diberikan kepada penduduk Jakarta yang kurang berkemampuan yang berda di pinggir-pinggir jalan.Dapat dilihat anak-anak kecil dan orang tua yang tidur di pinggir-pinggir jalan dan ada juga masih ada warga Jakarta ini masih bekerja menyapu sampah dan mengutip sampah di waktu pagi kerana mencari rezeki dan sesuap nasi.Dapat dilihat kegembiraan terpancar di wajah mereka apabila mendapat sedikit sumbangan makanan daripada pihak kami dan tidak henti-henti mengucapkan ribuan terima kasih.Terdapat juga anak-anak yang berebut-rebut apabila melihat kami memberikan makanan sehingga terus menyerbu ke arah kereta kami.
Pengalaman dalam menjalankan aktiviti Sahur On The Road ini bukan sahaja hanya sekadar memberi bantuan tetapi juga dapat muhasabah diri kami semua bahawa masih ada orang yang hidup dalam kemiskinan dan tidak mempunyai tempat berteduh.Maka,di bulan yang mulia ini memberi peluang buat Kelab Umno Jakarta berkongsi perasaan dan menyelami bagaimana perasaan mereka.Alhamdulillah aktiviti ini dapat berjalan lancar dan tamat pada jam 4 pagi.Setelah itu semua AJK dan sukarelawan lain bersahur bersama-sama.Harapan kami dari Kelab Umno Jakarta agar program seperti ini sentiasa diadakan pada setiap tahun .
Kelab Umno Jakarta
Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Jakarta (KUJ) merupakan salah satu daripada 11 Kelab UMNO Luar Negara yang terdapat di republik Indonesia. KUJ telah ditubuhkan secara rasmi pada tarikh 15 Oktober 1988 di Wisma Malaysia. Majoriti ahli terdiri daripada para pelajar yang melanjutkan pelajaran mereka di Jakarta.
Banyak aktiviti atau program yang telah dijalankan yang bertujuan merapatkan hubungan khasnya sesama orang Melayu dan Bumiputera tidak kira apa jua perbezaan lain pada diri masing masing. Walaupun KUJ merupakan sebuah kelab yang berada di bawah naungan sebuah parti politik, namun aktiviti kelab ini tidak terikat kepada urusan yang bercorak politik semata-mata, tetapi lebih kepada perpaduan bangsa Melayu dan Malaysia di perantauan. Sesuai dengan organisasinya yang berbentuk kelab, KUJ sentiasa akan mengadakan program-program yang bersifat kebajikan, sosial, dan silaturrahim.
Aktiviti KUJ 2010
Majlis Tertinggi KUJ
Pengerusi:
Muhammad Hamidie B. Saari (Univ. Prof.Moestopo)
Email : meedie89@gmail.com
No.Hp : +6287882651890
Timbalan Pengerusi:
Muizzuddin B. Ali (UKRIDA)
Email : uie0109@yahoo.com
No.Hp : +6287882269120
Setiausaha :
Norfarizza Bt. Khairil Anuar (Univ.Prof.Moestopo)
Email : secret_riz89@yahoo.com
No.Hp : +6281806701370
Bendahari:
Ameerah Nabilah Bt Azhar Hilmy (Univ. Trisakti)
Email :amee_emerald@yahoo.com,
No.Hp :+6281806772343
Ketua Penerangan:
Zazarida Bt. Zakiman (UI)
Email : zazaridazakiman88@gmail.com
No.Hp : +6281932808977
Saranan & Pendapat
Blog Archive
Aktiviti KUJ
Hubungi Kami
Jl Way Seputih 2, No 2,
Kompleks Pengairan,
11470 Tg Duren Selatan,
Jakarta.
E-mail: kelabumno_jakarta@yahoo.com