Saturday, September 27, 2008

Update ttg Fadilah

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

Fadilah sukarela ke Lombok

Dalam laporan terbaru mengenai Fadilah, rakyat Malaysia yang didakwa dilarikan oleh warga Indonesia ke Lombok, wartawan Kosmo! yang menemui Fadilah di sana melaporkan Fadilah secara sukarela ingin mengahwini dan 'lari' ke sana.

Sebelum ini, bapa Fadilah telah membuat laporan bahawa anaknya itu telah dilarikan ke Lombok dan meminta bantuan pihak yang prihatin untuk membantu membawa pulang anaknya. Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara dan Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO Malaysia telah bersetuju untuk membantu dalam menangani masalah tersebut.
Walaubagaimanapun, liputan akhbar Kosmo! di Lombok mendapati Fadilah sebenarnya tidak mempunyai masalah tinggal di sana dan dia melakukan semuanya atas nama cinta tulus kepada Nasrudin, warga Indonesia tersebut. "Saya cintakan Nasrudin dan tetap akan berkahwin dengannya walaupun mama dan abah tidak setuju", dipetik dari akhbar Kosmo! 30 September 2008.

Bapa Fadilah yang tidak bersetuju tentang hubungan tersebut turut berkeras akan turun ke Lombok, Indonesia untuk menemui sendiri anaknya bagi mendapatkan penjelasan berhubung pelakuan anaknya yang lari ke republik berkenaan tanpa sebarang berita. Pihak Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara dan Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO Malaysia telah mengumpul dana derma bagi membantu keluarga Fadilah yang sangat bersedih tentang perkara ini dan akan membantu untuk menyelesaikan masalah ini.

Bapa Fadilah dijangka berangkat ke Lombok bersama wakil-wakil dari Sekretariat UMNO pada 6 Oktober ini.

Kelab UMNO Jakarta menyokong penuh usaha ini dan sentiasa bersedia membantu seberada mereka di Jakarta nanti. Update tentang berita ini akan kami paparkan di blog site ini dari semasa ke semasa.

Thursday, September 25, 2008

Selamatkan Nor Fadilah.

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

11 Kelab UMNO di

Indonesia digerakkan


KUALA LUMPUR 23 Sept. - Sebanyak 11 Kelab UMNO Luar Negara yang berada di Indonesia akan digerakkan untuk mengesan dan mengenal pasti Noor Fadilah Ahmad, 18, yang didakwa dilarikan seorang lelaki ke Lombok Timur pada 3 September lalu.

Setiausaha II Kelab UMNO Luar Negara, Sharif Hamid berkata, pihaknya bersedia untuk membantu mengenal pasti Noor Fadilah dengan bantuan seramai 3,000 ahlinya di sekitar Indonesia.

Katanya, terdapat 11 Kelab UMN0 Luar Negara di Indonesia antaranya di Jogjakarta, Surabaya, Jakarta, Malang, Jambi dan Medan.

''Kami akan memaklumkan kepada pengerusi kelab-kelab UMNO di seluruh Indonesia menerusi laman web dan sekiranya ada gambar Noor Fadilah, usaha mengesan anak gadis itu akan lebih mudah dan berkesan,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Ahmad, pemandu jentera di Ladang Sungai Gedong dan isterinya Masitah Abdullah, 42, memberitahu, anaknya yang hilang itu bekerja di sebuah kilang elektronik di Pasir Gudang, Johor sejak tiga bulan lalu selepas tamat persekolahan pada tahun lalu.

Noor Fadilah didakwa berada di Indonesia selepas dibawa seorang pemuda yang juga dikenalinya dan bekas pekerja di ladang tempat bapanya bekerja.

(Sumber: www.utusan.com.my)

Tuesday, September 23, 2008

Wisma Malaysia, Jakarta

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

Terkini tentang Wisma Malaysia, Jakarta
JAKARTA: Lebih 4,600 penuntut Malaysia di Indonesia yang perlu singgah atau berurusan di Jakarta, khasnya di Kedutaan Malaysia di sini, akan menikmati semula kemudahan penginapan murah di Wisma Malaysia yang baru, dijangka siap pada Februari tahun depan.


Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin, berkata pembinaan semula Wisma Malaysia itu yang bermula pada Mac lalu sudah memasuki tahap 31 peratus dengan pengawasan ketat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menempatkan seorang pegawainya secara sementara di sini.

“Wisma Malaysia yang setinggi dua tingkat ini dengan satu lagi besmen, di tengah Jakarta akan memberi kemudahan kepada semua pelajar Malaysia singgah atau datang sementara ke Jakarta,” katanya selepas meninjau kemajuan pembinaan itu.
(Sumber: www.bharian.com.my)

Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

Pada 21hb September 2008 yang lalu, Kelab UMNO Jakarta bersama seluruh pelajar Malaysia di Jakarta telah berbesar hati menerima lawatan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled B Nordin ke Jakarta, Indonesia. Ini merupakan lawatan rasmi pertama YB Dato’ Seri sejak beliau memegang jawatan baru dalam kabinet iaitu sebagai Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.


Seramai hampir 600 orang pelajar hadir dalam majlis buka puasa bersama beliau yang diadakan di Hotel Sahid Jaya, Jakarta Pusat. Selain pelajar, para pegawai kerajaan dan sektor swasta serta golongan profesional turut hadir untuk bersama-sama dalam majlis tersebut.

Selain mengingatkan para pelajar tentang objektif utama pelaburan negara menaja pelajar-pelajar Malaysia untuk belajar di luar negara, YB Dato Seri dalam ucapannya sempat menyentuh isu-isu politik semasa tahahair dan memberi keyakinan bahawa kerajaan sedang melakukan yang terbaik buat negara. Selain itu, YB Dato’ Seri juga menyeru orang ramai supaya jangan terpengaruh dengan pembohongan dan taktik-taktik licik pihak pembankang dalam mengelirukan rakyat dan cuba merosak kesejahteraan semata-mata kerana kepentingan politik mereka.

YB Dato’ Seri sempat beramah mesra dengan warga-warga Malaysia yang terdiri daripada golongan pelajar dan profesional sambil menjamu selera. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Terutama Dato’ Zainal Abidin Zain, Duta Besar Malaysia di Indonesia, En Hazmi Hussein, Presiden Malaysia Club Jakarta, Ahmad Nabieh, YDP Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Jakarta, Mohd Rizal B Abd Rahman, Presiden Kelab UMNO Jakarta dan Mohd Feendi Mohd Fauzi Yap, Presiden Kelab UMNO Bandung.

Sejurus selepas jamuan makan, YB Dato’ Seri Khaled Nordin mengadakan pertemuan tertutup bersama seluruh AJK Kelab UMNO Jakarta dan Kelab UMNO Bandung. Selepas menyuntik kata-kata semangat dalam perjuangan kelab UMNO dan Melayu, YB Dato Seri juga sempat mendengar pendapat- pendapat dari presiden serta wakil-wakil Kelab UMNO Jakarta dan Kelab UMNO Bandung tentang masalah yang dihadapi mereka di Indonesia serta perkembangan terkini di tanahair.

Kelab UMNOJakarta mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin atas kesudian beliau meluangkan masa dengan seluruh pelajar Malaysia serta wakil-wakil kelab yang berada di Jakarta.

Pengagihan Sahur On The Road

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

Program Sahur On The Road anjuran Kelab UMNO Jakarta telah mencapai acara kemuncaknya pada awal pagi 21 September yang lalu dengan terbaginya semua juadah sahur percuma buat orang-orang fakir dan homeless di sekitar kota Jakarta.

Program ini dimulakan seawal jam 1.45 pagi di Grogol. Seramai 8 orang ahli Kelab UMNO Jakarta telah mengikuti aktiviti ini yang diketuai oleh Ketua Kelab UMNO Jakarta sendiri iaitu saudara Mohd Rizal bin Abd Rahman. Perjalanan Sahur On The Road ini diadakan di sekitar kawasan Kuningan, Tanah Abang, Sabang, Manggarai dan berakhir di sekitar Roxy dan daerah Citraland, Grogol.
Sebanyak 250 bungkus nasi dapat diagihkan sepanjang perjalanan tersebut. Ini memakan masa sekitar 2 jam 30 minit. Alhamdulillah, kesemua 250 bungkus nasi yang dibeli hasil kutipan dana derma dan jualan amal ini telah dapat diagihkan kepada orang-orang yang betul-betul memerlukan. Pihak Kelab UMNO Jakarta berharap agar program amal sebegini rupa dapat diadakan lagi buat masa yang akan datang.

Majlis Berbuka Puasa dan Khatam Quran Bersama Anak Yatim

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

Pada 20 september 2008, Kelab UMNO Jakarta (KUJ) menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Khatam Al-Quran bersama anak-anak yatim di Santunan Keluarga Aisyiah, Grogol. Majlis berbuka puasa ini dihadiri oleh semua ahli jawatan kuasa tertinggi Kelab UMNO Jakarta dan seramai lebih kurang 150 orang pelajar Malaysia dari seluruh Univ. di Jakarta. Program ini dianjurkan untuk meraikan anak-anak yatim tersebut sekaligus beramah mesra sesama rakan-rakan di Jakarta ini.


Majlis yang dimulai dari jam 3.00 petang ini dimulakan dengan aktiviti permainan teka kata. Anak-anak yatim tersebut kelihatan sungguh gembira saat bermain bersama abang dan kakak pelajar-pelajar. Ada yang berpelukan sesama sendiri, bersorak iang menyokong kumpulan masing-masing, dan bergelak ketawa sesama mereka sepanjang aktiviti tersebut berlansung. Turut memeriahkan majlis adalah para pengurus Santunan Keluarga Aisyiah yang turut serta mengambil bahagian.
Antara tetamu jemputan yang turut hadir memberi sokongan pada program ini adalah En Anuar Zaki Bakar, Penasihat Kedutaan (Politik & Ekonomi) Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dan Ustaz Tuan Ismail bin Tuan Abdullah, Atase Agama Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara persembahan Rawi dari anak-anak yatim Santunan Keluarga Aisyiah yang turut diiringi alat musik seperti gendang.

Selesai persembahan, program diteruskan dengan majlis Khatam Al-Quran. Majlis khatam Al-Quran ini dijayakan hasil kerjasama dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Cawangan Jakarta. Bacaan ayat suci Al Quran dari Surah An-Naba’ sehingga Surah An-Nas diketuai bacaannya secara bergilir oleh setiap wakil univ. yang terdapat di Jakarta.

Setelah selesai berbuka ringan dengan air dan kueh, semua peserta program menunaikan solat maghrib secara berjemaah bersama-sama. Majlis kemudiannya diteruskan dengan majlis berbuka puasa dan diiringi oleh persembahan nasyid dari pelajar Malaysia di Univ. UKRIDA. Majlis berakhir dengan sessi fotografi bersama anak-anak yatim. Syabas dan terima kasih diucapkan bagi semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.


Saturday, September 20, 2008

PEMBETULAN MAJLIS BUKA PUASA

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

Majlis Berbuka Puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Khaled B Nordin

Buat pengetahuan semua, majlis ini akan HANYA diadakan pada 21 September 2008 (Ahad) sahaja buat seluruh pelajar di Jakarta.

Bas disediakan buat semua pelajar. Berikut butiran majlis:

Tarikh: Ahad, 21 September 2008
Masa bermula majlis: 5 ptg
Tempat: Hotel Sahid Jaya, Jl Jendral Sudirman, Jakarta Pusat

Maklumat lanjut boleh layari http://pkpmijakarta.blogspot.com/

Monday, September 15, 2008

Majlis Berbuka Puasa dan Khatam Al Quran bersama Anak Yatim

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

Sempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini, antara program yang dikelola oleh Kelab UMNO Jakarta adalah program Sahur On the Road dan Majlis Berbuka Puasa dan Khatam Quran bersama Anak Yatim. Ini adalah satu program amal yang dianjurkan bagi mengurangi beban mereka yang memerlukan bantuan di bulan mulia ini.

Sahur on The Road anjuran kelab kami adalah satu program dimana kami berusaha mengumpulkan dana dalam bentuk derma dan jualan amal bagi menampung pembelanjaan membeli dan mendistribusi juadah puasa untuk orang-orang miskin homeless di sekitar kota Jakarta. Juadah sahur tersebut akan dibuat dalam bentuk nasi bungkus dan akan diberikan dibeberapa lokasi tertentu yang telahpun dikenalpasti.

Selain jualan amal, kami juga akan mendistribusi tabung derma ke setiap univ. agar pelajar-pelajar dapat mengambil bahagian dalam program mulia ini selain menampung usaha pengumpulan dana tersebut.

Program mendistribusi makanan juadah sahur yang bakal dijalankan pada 20 September 2008 ini juga akan mendapat liputan khas dari wakil Utusan Malaysia untuk dimuatkan dalam rancangan TV dan akhbar di Malaysia.

Selain itu, satu majlis amal Berbuka Puasa dan Majlis Khatam Al- Quran bersama anak yatim juga akan diadakan pada tarikh yang sama, iaitu pada malam 20 September 2008, bertempat di Panti Asuhan Aisyiah, Grogol. Majlis ini akan disertai oleh hampir keseluruhan wakil setiap univ. di Jakarta (sekitar 150 pelajar) bagi meraikan anak-anak yatim.

Pelbagai aturcara telahpun diatur seperti jamuan berbuka puasa, persembahan dari wakil-wakil univ. Jakarta, persembahan khas Marawis dari Rumah Anak Yatim, nasyid, dan sebagainya. Turut akan diadakan pada malam tersebut ialah program Khatam Al Quran dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) cawangan Jakarta.

Maklumat lanjut tentang majlis ini sila hubungi Exco Kebajikan dan Agama kami iaitu saudara Hazmuhaimin (Trisakti) 08176699704; atau saudari Nurhidayah (Univ. Prof Moestopo) 08081808494389. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan suasana.

Saturday, September 13, 2008

Sahur on the Road in Kemang, Promosi The King's Corner, Manchester United VS Liverpool di layar besar!

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |


September 13, Kemang, Sahur On The Road!

Pada malam ini program mengumpul dana hasil dari jualan amal bunga ros dan beberapa cenderahati lain akan diteruskan di sekitar kawasan Kemang, Jakarta Selatan. Booth Sahur On the Road ini akan didirikan khas dihadapan restoran masakan Malaysia, The King's Corner.

Selain daripada program jualan amal cenderahati, turut diadakan Ujian Tekanan Darah dan Glukosa, persembahan-persembahan pelajar untuk memeriahkan lagi suasana. Program jualan amal ini akan bermula kira-kira sekitar jam 8 malam.

Sempena dengan program ini, pihak restoran The King's Corner yang merupakan antara penaja program Sahur on the Road di Kemang juga akan memberi discount istimewa kepada para pelajar Malaysia yang berkunjung ke restoran mereka hari ini. Paket istimewa berbuka puasa, discount-discount lain dengan pemberian kad pelajar istimewa turut akan diadakan pada malam ini.

Restoran mewah yang berkonsep cafe-resto-bistro ini adalah antara yang terbaru di Jakarta dan menyediakan hidangan-hindangan masakan Malaysia yang sangat menarik dan enak. Khusus pada malam ini, selain discount dan paket khas pelajar, pelajar Malaysia juga akan diberikan kad ahli dengan tawaran istimewa.

Marilah ramai-ramai untuk datang ke The King's Corner bagi majlis berbuka puasa bersama-sama pada malam ini. Selain anda boleh mengikuti perjalanan program Sahur on The Road, perlawanan English Premier League antara team gergasi Liverpool dan Mancherster United juga dapat ditonton di sana melalui layar besar. Semua peminat dijemput hadir bagi memeriahkan suasana!

Thursday, September 11, 2008

Sahur On The Road: KL Village, Jl Jaksa

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

Berikut adalah antara perjalan aktiviti mengumpul dana bagi program Sahur On The Road 20 September kelak. Jualan bunga ros dan cenderahati di KL Village, Jl Jaksa, Jakarta Pusat.




Wednesday, September 10, 2008

Sahur On The Road!

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Kelab UMNO Jakarta akan mengadakan satu program amal yang dinamakan program Sahur On the Road. Program ini sebenarnya adalah satu aktiviti untuk membantu orang fakir miskin dan homeless di pinggir-pinggir jalan kota Jakarta dalam mengurangi beban susah hidup mereka dengan membekalkan mereka bekalan juadah sahur untuk berpuasa.
Program yang bakal dijalankan pada 20 September kelak ini melibatkan beberapa usaha dalam mengumpulkan dana serta derma bagi membolehkan kami untuk menggunakan wang hasil derma tadi untuk menyediakan juadah bersahur dalam bentuk nasi bungkus, dan akan dibahagiakan di beberapa kawasan yang telahpun dikenalpasti.
Antara program yang terlibat dalam mengumpul dana selain pengumpulan derma dari universiti-universiti di Jakarta, antaranya adalah akan dibuka booth Ujian kesihatan gula dan tekanan darah, jualan bunga serta beberapa yang berkonsep 'membeli sambil menderma' akan dilakukan di lokasi-lokasi awam berpotensi sekitar kota Jakarta.
Berikut adalah details perjalanan aktiviti pengumpulan dana bagi program Sahur On The Road anjuran Kelab UMNO Jakarta:

Ujian Glukosa Darah dan Tekanan Darah Sambil Menderma:
Tempat: Gelora Bung Karno, Senayan
Tarikh : Sabtu dan Ahad (13/14 September 2008)
Waktu: Jam 6am
Jualan Amal
Tempat: KL Village, Jl Jaksa
Tarikh: Jumaat, 12 September 2008
Masa : 8.00pm
Tempat: King's Corner, Kemang
Tarikh: Sabtu, 13 September 2008
Masa : 8.00pm
Bagi yang berminat menyertai kami dalam menjayakan program ini, kami sangat-sangat mengalu-alukan sumbangan anda.
Sila hubungi Kelab UMNO Jakarta di e-mail kami, kelabumno_jakarta@yahoo.com; atau anda boleh menelefon talian +628179143265; atau sumbangan juga boleh disalurkan lansung ke dalam akaun Kelab UMNO Jakarta yang boleh didapati di link ini.

Tuesday, September 9, 2008

Majlis Berbuka Puasa KUJ 2008

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

Isnin- 8 Sept 2008. Satu majlis berbuka puasa antara AJK Kelab UMNO Jakarta (KUJ) telah diadakan di The Buffet, Jakarta Barat. Majlis yang dianjurkan oleh kelab ini merupakan acara tahunan berbuka puasa bersama barisan MT, exco KUJ dan pengerusi kelab.

Antara agenda majlis selain daripada mengambil kesempatan utk beramah mesra dengan AJK baru dan sebagainya, satu mensyuarat ringkas tentang perincian dan perjalanan program-program sepanjang bulan Ramadhan juga telah berjalan dengan lancar.

Selepas berbuka ringkas dengan minuman dan manis-manisan, para AJK KUJ berhenti untuk solat maghrib bersama-bersama sebelum kembali ke restoran. Restoran yang berkonsepkan 'all you can eat' ini menghidangkan pelbagai hidangan menarik seperti masakan Indonesian, western, Japanese style, steamboat, juice, ice cream, desert menarik dan sebagainya.

Buat pengetahuan rakan-rakan, antara acara yang bakal dijalankan oleh barisan KUJ seawal ujung minggu ini adalah aktiviti pengumpulan dana dan derma untuk menjayakan program Sahur On the Road anjuran KUJ pada 20 September kelak. Pada program ini, juadah bersahur dalam bentuk nasi bungkus akan dibuat daripada pengumpulan dana dan derma tadi, untuk dibagikan kepada orang fakir miskin 'homeless' di pinggir jalan.

Antara program yang terlibat dalam mengumpul dana selain pengumpulan derma dari universiti-universiti di Jakarta, antaranya adalah akan dibuka booth Ujian kesihatan gula dan tekanan darah, jualan bunga serta beberapa yang berkonsep 'membeli sambil menderma' akan dilakukan di lokasi-lokasi awam berpotensi sekitar kota Jakarta.

Selain itu, majlis buka puasa bersama anak yatim, buka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dan seluruh pelajar Malaysia di Jakarta, serta majlis buka puasa pelajar dan Dato' Duta Malaysia ke Republik Indonesia juga turut dibincangkan.

Wednesday, September 3, 2008

Selamat Berpuasa

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

Salam.

Kami seluruh warga Kelab UMNO Jakarta ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan kepada semua muslimin dan muslimat:

Selamat Berpuasa
dan
Selamat menunaikan ibadah
sepanjang bulan
Ramadhan Al-Mubarak 1429H.

Semoga Ramadhan yang mulia ini dapat dimanfaatkan dengan maksimal dan menjadikan kita orang yang lebih baik. Semoga semua amalan kita dapat diredhai oleh Allah SWT. InsyaAllah.

Tuesday, September 2, 2008

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia kali ke 51

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |


Jakarta, 31 Ogos 2008- Seluruh warga Kelab UMNO Jakarta ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan kali ke 51. Semoga bahtera Malaysia yang kini telahpun belayar selama 51 dengan jayanya akan dapat diteruskan belayar dengan megah demi mencapai matlamat sebagai negara maju yang aman makmur dari segala aspek.

Rakyat Malaysia di seluruh dunia menyambut dengan bangga Hari Kebangasaan negara kali ke 51. Ia merupakan satu tarikh keramat mengimbau kembali kemerdekaan yang dikecapi selepas hampir 500 tahun dijajah.

Sambutan di Jakarta tidak kurang meriahnya. Seluruh warga Malaysia yang berada di Jakarta telahpun dijemput oleh pihak kedutaan untuk hadir di Kedutaan Besar Malaysia Jakarta bagi sama-sama meraikan ulangtahun hari bersejarah tersebut.

Majlis yang dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta lagu tema hari kebangsaan 'Perpaduan Teras Kejayaan' telah dihadiri oleh kira-kira 300 orang rakyat Malaysia yang berada di Jakarta. Selepas nyanyian serta bacaan ikrar, majlis diteruskan dengan jamuan dan persembahan menarik.

Hampir 150 orang pelajar telahpun hadir ke majlis tersebut. Selain memupuk semangat kebangsaan yang tinggi, para pelajar yang juga majoritinya adalah pelajar-pelajar baru mengambil kesempatan tersebut sebagai lawatan rasmi mereka yang pertama ke kedutaan Malaysia di Jakarta.

Para pelajar juga mengambil bahagian dalam persembahan-persembahan seperti nyanyian koir lagu patriotik, lakonan serta karaoke.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Tuan Yang Terutama Dato' Zainal Abidin Zain, Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia serta isteri, Timb. Duta, En. Amran, Presiden Malaysian Club Jakarta, En. Hazmi Hussain, dan Pengerusi Kelab UMNO Jakarta, saudara Mohd Rizal Abd Rahman.